Facebook

Thursday, 30 June 2011

Mengenali Seks (perhubungan kelamin)

Anak kecil anda mungkin pernah melihat kucing sedang berasmara, kemudian die akan bertanya, 'ibu, kucing2 tu tengah buat apa? Pelik la adik tengok,' jadie apakah yg perlu anda jawap? Jangan sesekali anda memperlekehkan kanak2, kerana sifat ingin tahu yg tinggi mereka mungkin menjadikan mereka mengambil tahu akan perkara sebegini dengan cara yg kurang sihat. Sebenarnya apa yg perlu kita selaku ibu bapa, ataupun akak dan abg kepada adik kecik, perlu la menerangkan kepada mereka dengan kadar yg sesuai dengan umur mereka, seperti, 'mereka tengah berkahwin tu adik, bila adik da besar sedikit ibu boleh terangkan dengan lebih jelas,'. Jawapan seperti inilah yg bagus untuk m'didik mereka dengan sihat.

Pada saya, seks, ataupun perhubungan kelamin, perlulah diajar kepada pelajar2 di zaman ini secara umum. Sememangnya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yg telah diwajibkan kepada pelajar lepasan SPM yg terpilih untuk menghadirinya usaha yg bagus kerana terdapat skop pengajaran seks yg diterapakan di dalamnya. Tetapi ianya sangat lambat untuk remaja2 ini memahami perkara itu secara menyeluruh, seperti keselamatan dan ikatan halal untuk melakukannya. Dikhuatiri mereka yg teruja ini akan terjerus untuk melakukannye dengan rakan di kem masing2 tanpa memikirkan akan persoalan seks di luar ikatan nikah.

Oleh yg demikian, pembelajaran umum pada usia yg muda membolehkan mereka mendapat kefahaman, serta bimbingan yg sempurna daripada org tua mereka untuk mengetahui bahawa hubungan seks hanya boleh dilakukan di antara dua individu yg ade perikatan perkahwinan yg sah serta halal bagi mereka melakukan hubungan tersebut.

Tanpa membuang masa lagie, mari kita mendaptkan sedikit pengetahuan khusus mengenai seks. Hubungan seks bermaksud persenyawaan, pesetubuhan, atau lebih difahami sebagai hubungan kelamin di antara pasangan. Ianya melibatkan kesemua deria sentuhan kulit, sehingga memasukkan alat zakar (lelaki) ke lubang faraj (wanita)  ataupun mana2 liang lain dengan niat megeluarkan air mani (lelaki atau perempuan) sedikit atau seluruhnya. Semua makhluk hidup akan terangsang untuk melakukanya kerani ianye adalah naluri semulajadi makhluk2 unutk meneruskan unutk menyambung generasi supaya ianye berkekalan dan tidak pupus.

Bagaimanakah ianye bermula? Ianya bermula dengan adanya perasaan cinta, iaitu nafsu syahwat yg memuncak kedua2 mereka. Hubungan ini kebiasaannya bermula dengan ringan2 dahulu, seperti dengan ciuman, sentuhan di beberapa bahagian sensitive (wanita lebih banyak bahagian2 sensitiv daripada lelaki) sehinggalah lelaki memasukkan alat zakar ke dalam liang faraj wanita dan mencapai puncak syahwat berperingkat. Ade bermacam2 teknik hubungan seks yg kita tahu, tetapi saya akan menerangkannye di ruangan yg lain untuk lain kali.





Puncat syahwat akan berakhir dengan pancutan cecair putih pekat (sperma) dan campuran air mani yg mulai mencair kepada bentuk yg kita tidak nampak dengan hanya menggunakan mata kasar unutk melihatnya. Proses hubungan ini berlangsung dalam tempoh yg tidak tetap kerana ia bergantung kepada keupayaan serta rangsangan di dlm hubungan seks. Tempohnya boleh selama 5 minit sehingga lebih daripada 2 jam. Hubungan seks tidak terhad kepada sekali dalam masa sehari, malahan boleh berulang2 apabila terangsang.

Apakah yg dimaksudkan dengan 'terangsang'? Ini adalah keadaan di mana pasangan menunjukkan keinginan untuk melakukan hubungan tersebut. Bagi lelaki, mereka akan menunjukkan rangsangan melalui perubahan kepada alat zakar mereka yg menjadi semakin panjang, tegang dan mengeras. cecair lembut tidak berwarna, atau lebih dikenali sebagai air mazi akan terkeluar dari hujung zakar mereka. Bagi wanita pula, faraj mereka akan berdenyut2 lembapan meningkat serta mengeluarkan cecair putih dan licin. Kedua2 alat zakar serta faraj wanita ini akan mula berasa gatal dan kemerah-merahan daripada tindak balas ini.



Pergerakan gelombang aura merah, dari kedudukan pusat sehinggalah ke bahagian otak merupakan proses di mana keinginan pasangan untuk mengadakan hubungan seks dengan lebih radikal (agresif), seperti menghisap dan menjilat kemaluan, dan sebagainya. Apakah yg dapat dilihat setelah baru sahaja melakukan seks? pasangan akan berasa tenang, santai dan letih setelah capai ke peringkat syahwat dan ejakulasi (pancutan air mani). Aura merah yg kita ceritakan sebelum ini akan kembali semula ke kedudukan pusat.

Kesan daripada hubungan ini adalah wanita boleh mengalami proses kehamilan jika pasangan tidak mengambil sebarang langkah pencegahan. Secara normalnye, proses ini mengambil masa selama 40 minggu (10 bulan) di mana proses penghasilan bayi terhasil daripada gabungan dua benih (sperma dan Ovum), sehingga la kepada panghasilan hati, tulang, dan juga daging bayi tersebut. Wanita yg telah selamat melahirkan bayi ini daripada pangkal rahim akan menjadi ibu kepada bayi tersebut.





Sebagai seorang umat Islam, hubungan seks di luar nikah adalah sewajarnya dielakkan kerana ianye adalah terhina di sisi agama dan akan membawa malu kepada ramai pihak. Adalah dinasihatkan supaya mereka menahan kehendak nafsu untuk mengadakan hubungan ini sebelum mereka selamat di-ijabkabulkan secara sah.

Pembelajaran secara umum perlulah diterapkan kepada golongan remaja agar mereka terhindar dari apa2 perbuatan yg terhina. Sungguhpun kemahuan seks adalah naluri semulajadi kita selaku manusia, tetapi biarlah ianye halal dan selamat dilakukan. Sekian sahaja daripada saya, terima kasih :)

Monday, 27 June 2011

Review Barclays premier League 2010/2011 part 1
























Satu lagie musim Liga Perdana Barclays (BPL) telah berakhir. Kali ini kite dapat melihat berbagai2 drama yg dimuatkan dlmnye.. bermule dgn kejatuhan Gunners (Arsenal ) dari tangge pertame hingga ke 4, aksi tidak konsisten Chelsea yg bermule hebat dengan due kali keputusan 6-0 di awal liga, sehingga la kekalahan b'turut2, dan akhirnye sekali lagi mencabar piala liga pada sesi ke due musim. Kite juga dapat melihat ramai pemain yg membuat kejutan seperti Jack Wilshere, Andrew Carroll, Charles N'zogbia, Javier Hernandez, dan ramai lagi. Perpindahan juga memainkan peranan yg hebat, seperti pembelian Liverpool untuk Andy Carroll dan Luis Suarez, Daniel Sturridge di pinjam ke Bolton Wanderers, dan sebagainya. Jadi rumusan musim pada kali ini akan membincangkan mengenai persembahan yg dihidangkan oleh setiap kelab di liga ini dan juga gred yg diberikan pade stiap satu daripada mereke. Mari kite mulakan :)

1: Arsenal




Arsenal menampakkan satu musim yg tidak konsisten dan dipengaruhi oleh situasi yg memerlukan mereke mencari pemain berusia yg mampu menjadi ketua kumpulan untuk membimbing skuad di musim hadapan.


Arsenal sememangnye kite tahu sebuah kelab yg mempunyai corak permainan yg sungguh cntik, tetapi pada musim ini, hasil mereke adelah sederhana. Kemasukan bakat2 baru seperti Marouane Chamakh dan Sebastian Squillaci sememngnye gagal menepati jangkaan Arsene Wenger untuk mencabar trofi Liga Perdana Barclays.

 Enam tahun yg memeritkan tanpe trofi, Arsene Wenger hampir2 menghadiahkan penyokong Gunners trofi piala Carling waktu beraksi di final menentang Birmingham City. Kegagalan mencapai persefahaman di antara penjaga gol Wojciech Szczeny dan juga bek tengah Laurent Koscielny di babak2 akhir perlawanan menampakkan mereka menghadiahkan gol kepade striker dari nigeria, Obafemi Martins untuk menjaringkan gol Birmingham City untuk mengikat keputusan 2-1 di akhir perlawanan. 

Sejak daripada kekalahan yg tidak disangke itu, Arsenal menampakkan kejatuhan dari tangga pertama hingga ke empat liga. Sungguhpun begitu, arsenal telah membuat kejutan dengan menundukkan Barcelona di Emirates sebelum tunduk kepada mereke di Nou Camp dengan keputusan kontroversi pengadil melayangkan kad merah kepada Robin Van Persie serta tendangan jinak pade babak akhir perlawanan oleh Nicklas Bendtner yg xmampu menewaskan Victor Valdes, Barcelona. 
Walau bagaimanapun, Arsenal telah dapat melahirkan bakat baru, Jack Wilshere yg mempamerkan aksi yg konsisten dan memberangsangkan. Musim depan Arsenal perlulah lebih bnyk memberi peluang kepadanye untuk beraksi. Secare keseluruhannye, Arsenal tidak memiliki sebarang sentuhan berinspirasi di mana menjadikan musim 2010 2011 musim yang harus dilupekan penyokong The Gunners. Jadie gred terakhir saye berikan kepada Arsenal adelah C+

Result- C+

2- Aston Villa

Aston Villa bukan la kelab yg asing lagie di dalam Liga Perdana Barclays. Mereke adalah salah satu kelab yg kuat, lebih2 lagie dengan kehadiran striker prolific England, Darren Bent dari Sunderland serta pemain pertahanan tengah Olympique Lyon, 

Darren Bent merupakan satu pembelian yg berjaye kerana sungguhpun hanye beraksi 16 perlawanan untuk Villa, die berjaye menjaringkan 9 gol, termasuk gol kemenangan melawan Manchester City dan juga gol tunggal dijaringkan kelab itu waktu tewas di tangan Manchester United di Old Trafford. Kehadiran Bent Memberikan ruang untuk pemain utama, Ashley Young bergandingan dengan Bent bermain di posisi striker. Manakala Makoun mampu menjaga kawasan tengah dengan lebih baik menggunakan skill yg dimilikinya ketika bermain selaku pemain Lyon serta pasukan antarabangsa Cameroon.




Gandingan tersebut sememangnye berjaye, termasuk la ktike membenam Liverpool 1-0 pada aksi t'akhir musim ini. Walau bagaimanapun, Aston Villa telah melepaskan Young untuk ke Manchester United dengan yuran perpindahan yg tidak diberitahu, sementara penjaga gol utama, Brad Friedel akan berhijrah ke Totenham Hotspurs.

Sungguhpun pemain seperti Bent, Young dan juga Steward Downing sentiase kecewe dgn pasukan yg kurang kuat, tetapi The Villains masih juga berjaya membuat kejutan dengan menumpaskan Arsenal dan Liverpool walupun goyah mencari corak permainan yang cantik dan terpaksa bertarung untuk mengelakkan penyingkiran divisyen. Mereke perlu b'usaha untuk mencari pemain bagi mengisi kekosongan yg ditinggalkan Young dan juga friedel. Saya memberi Villa B- dengan persembahan yg diberikan.

Result- B-

3-Birmingham City
Birmingham masih lagi kekal meneruskan musim 2010 2011 berada di dalam Liga Perdana Barclays. Dengan perbezaan jaringan sebanyak 26 gol serta corak permainan yg teruk, kita pasti tidak akan melihat lagi mereka di musim hadapan disebabkan telah disingkir divisyen. 
Memang terkejut bile kite m'dengar bahawa kelab corot seperti Birmingham mampu membeli pemain ternama seperti Aliaksandr Hleb. Bekas pemain Arsenal itu telah keluar dari bangku simpanan Barcelona untuk kembali bermain di Liga Perdana Barclays. Namun, kita tidak dpt pun tngk kepimpinan beliau di atas padang kerana pengurus Alex McLeish lebih selese mengunakan khidmat Barry Ferguson yg sudah lame mengetuai kelab tersebut.

Pada pertengahan musim liga, McLeish telah membawa masuk penyerang Nigeria dari Rubin Kazan, Obafemi Martins untuk menguatkan jentera serangan. Beliau lebih dikenali semasa kariernye di Newcastle United dengan kelajuan dan kehebatannya menjaringkan gol semase di sana. 





Sungguhpun mereka tidak berapa konsisten di dalam liga, tetapi kita dapat melihat bahawa kejayaan menundukkan Arsenal di Final Carling Cup adalah sesuatu yg m'banggekan. Birmingham memulakan perlawanan itu dgn cemerlang melalui tandukan pemain tinggi lampai yg dibeli dari Valencia, Nikola Zigic sebelum dibalas balik Arsenal melalui gol Robin Van Persie. Pada babak akhir p'lwnan, McLeish telah membawa masuk Obafemi Martins untuk m'jaringkan gol kemenangan di saat akhir hasil kesilapan Arsenal. 

Nasib Birmingham ditentukan melalui perlawanan terakhir liga, iaitu menentang pasukan hebat, Tottenham Hotspurs. Aksi taraf dunia yg ditunjukkan striker Spurs, Roman Pavluchenko telah melihat Birmingham terpaksa menitiskan air mate dgn kekalahan 2-1 di White Hart Lane. Dengan keputusan ini, saya memberikan Birmingham City C-
Result- C-

4-Blackburn Rovers
Rovers bukan la di antara kelab yg t'pilih untuk mencabar kejuaraan BPL, tetapi mereka terlalu banyak sangat membuat silap. Terutama sekali dengan pemecatan Sam Allardyce selaku pengurus pada 13 December 2010.
The Big Sam telah dipecat berikutan dengan kedudukan Rovers yg berada di tangga ke 13 liga. Pada saye adelah tidak wajar memecat beliau kerana Blackburn kurang membeli pemain baru yg b'kualiti musim ini untuk bersaing dengan kelab2 lain yg semakin kuat. Tidak hairan la kelab ini lebih banyak berlegar di ambang zon penyingkiran sebelum ini, kerana angkuh dengan memecat pengurus yg hebat. Selain itu, Blackburn juge asik bermimpi untuk m'dptkan pemain tername, David Beckham dan juga Ronaldinho. Mengapa perlu mereke b'susah payah untuk pergi ke kelab yg susah untuk menang? Seharusnye Rovers perlu berpijak di bumi yg nyata, dan b'ushe m'dptkan tangge ke 10 adalah pncapaian yg paling bagus untuk dicapai kelab itu.


Antara perkara hebat Blackburn yang boleh dilihat adalah prestasi memberangsangkan yg terpamer pada kaptennye, Cristopher Samba. Samba telah menjadie bek tengah yg hebat dlm musim ini. Disebabkan prestrasinye la yg membawa minat bermacam2 kelab untuk m'dptkannye. Blackburn telah mencipta rekod untuk mendapatkan siri perlawanan tanpa kemenangan paling panjang, iaitu 10 perlawanan. Oleh yg demikian, saya telah memberi Rovers C untuk persembahan yg dipamerkan.

Result- C

5-Blackpool
Walaupun baru sahaja di promote kepada BPL, tetapi persembahan yg dipamerkan The Tangerines begitu menghiburkan. Sungguhpun pasukan ini telah tersingkir, dengan melepaskan gol sebanyak 78, dan berkongsi siri kekalahan terpanjang sebanyak 5 perlawanan, kita semua pasti akan merindui corak permainan serangan bebas daripada mereka. 

Blackpool mempunyai seorang pemain yang versatile, iaitu Charlie Adam. Pemain Scotland ini memang cemerlang musim ini, dan dia hampir2 dapat menyempurnakan perpindahan ke Liverpool pada musim perpindahan bulan January 2011. Kebanykan peminat Liga Perdana Barclays akan gembira dapat melihat beliau terus bermain di Liga terkenal di England ini.

Disebaban oleh persembahan yg bertenaga dari kelab baru naik liga ini, saya dengan berbesar hati memberi mereka A-. Diharap kelab2 baru seperti Swansea City dan Queen Park Rangers dpt memberikan persembahan bertenaga seperti mereka di musim hadapan.

Result- A-

6- Bolton Wanderers
satu musim yang bagus untuk Bolton Wanderers, sungguhpun mereka berada di tempat ke 14 liga di akhir musim lepas. Kemenangan bergaya ke atas Tottenham 4-2, dan juga prestrasi memberangsangkan untuk membelasah Newcastle 5-1 merupakan saat kritikal mengejutkan kita bahawa Bolton telah menjadi semakin hebat. Walaubagaimanapun prestrasi mereka merosot pada penghujung musim.


Antara pemain Bolton yg menyinar di musim ini adalah Johan Elmander dan juga Daniel Sturridge yg dipinjamkan Chelsea.Elmander telah menjaringkan 10 gol untuk Bolton musim ini di samping 7 hantaran gol untuk pasukannye. Walau bagaimanapun, beliau akan meninggalkan Bolton untuk menyertai Galatasaray pada musim hadapan. 

Daniel Sturridge telah membuktikan bahawa die sememangnye hebat dan bakal bermain dlm ke-sebelasan utama Chelsea untuk beberapa tahun lagi. die telah menjaringkan sebanyak 8 gol dlm 12 penampilan untuk The Trotters. Peminat Bolton Wanderers pasti akan merindukan pemain bawah 21 England ini kerana beliau akan kembali semula ke Chelsea FC untuk musim hadapan.
The trotters perlulah segere memperbaiki barisan serangan yg ditinggalkan Elmander dan Sturridge jike mereka mahu meneruskan serta meningkatkan prestrasi mereka. Saya telah memberi B dengan persembahan mereka.

Result- B

7- Chelsea
Satu musim yg penuh drama bagi kelab London barat ini. Bermula dengan siri kemenagan 6-0 membelasah West Brom Albion dan juga Wigan Athletics, sehingga la kemenangan pada beberapa perlawanan. Mereka telah dikejutkan dengan kecederaan yg melanda Alex, serta prestrasi tak menetu pemain Midfield Ghana, Michael Essien untuk mengantikan peranan Frank Lampard yg cedera di awal musim

Dengan kecederaan Alex, Chelsea nampak goyah di bahagian pertahanan. Branislav Ivanovic yg biasenye bermain di posisi bek kanan sememangnye tidak sesuai untuk mengisi kekosongan itu. Pemain muda Jeffrey Bruma juga xmampu memainkan peranan yg ditinggalkan pemain kebangsaan Brazil tersebut.





Ketidak konsistensi pemain Ghana ini telah menyebabkan Chelsea bersusah payah untuk mendapatkan kemenangan. Di awal musim, beliau mampu menjaringkan gol seperti pemain tengah menyerang yang hebat. Tetapi lama kelamaan, permainannye tenggelam dan Chelsea selalu hilang bola di tengah2 padang. Ini memberikan tekanan kepada pemain England yg baru shaja sembuh, Frank Lampard untuk beraksi.
Sejak dari pengurusan dari pengurus dari Itali, Carlo Ancelotti, Lampard telah diletakkan peranan sebagai pemain tengah center, berbeza dengan corak permainanye yg lebih suke menyerang. Disebabkan oleh peranan yg tidak menentu dan Essien yg kurang menyerlah, kawalan Chelsea di tengah padang sngt2 teruk. pemergian Michael Ballack dan juga Deco memang memberi impak yg besar kepada The Blues.




















Pada 31 Januari 2011, due org pemain baru telah selamat sampai ke Stamford Bridge. Mereke adela David Luiz dari benfica, dan juga Fernando Torres dari Liverpool. Kedua2 mereke dtg untuk mengisi kelemahan yg dihadapi chelsea, berikutan kecederaan Alex, dan juga Drogba yg menghidap penyakit demam Malaria.





Semasa Chelsea sedang b'ushe untuk mencari semula rentak kemenangan, di situ la kite dpt m'lht David Luiz menjadi hero buat Chelsea. Pemain Brazil ini menjaringkan gol penting dlm kemenangan menentang Manchester United yg b'akhir 2-1, serte kemenangan menentang Manchester City 2-0.
Lain plak kisahnye dgn Torres. El Nino bergelut untuk m'carik gol bagi pasukan barunye itu. Torres hanye mampu m'jaringkan satu gol sahaje selepas 903 minit tanpe gol. Gol tersebut b'jaye dijaringkan waktu chelsea membenam West Ham United 3-0


Sebenarnye org t'tanye2, apekah punce kpade k'jtuhan Chelsea di pertengahan babak liga? Jawapanye adelah kerane pemergian Ray Wilkins. Beliau merupakan pembantu jurulatih yg telah lame tahu akan corak permainan Chelsea untuk d'padankan dgn formasi 4-3-3 kegemaran Chelsea. Ancelotti nmpknye kurang mahir dgn pengendalian tanpe Wilkins di sisinye.



Sedang kite menikamati musim lepas selepas masuk ke sesi ke dua liga, Chelsea telah mule memenangi setiap perlawanan liga, diikuti dgn aksi tidak konsisten Arsenal dan Manchester United. Akhirnye mereke tiba di satu perlawanan penentuan, di mana Man U akan berlawan dgn Chelsea di Stamford Bridge. Selepas dikecewekan Man U di aksi Liga juara2, kedua2 gergasi ini btemu kembali. Tapi akhirnye Chelsea tetap t'sungkur di tangan Man U dan menyerahkan Piala kepada mereka.

Namun Begitu, Pembelian David Luiz t'bukti menjadi pembelian bermakna, sementara Fernando Torres boleh lebih meningkat. Dengan kemasukan Andre Villas Boas ke dlm pengurusan Chelsea, nasib pada musim hadapan mungkin akan berbeza. Saya m'beri Chelsea Gred B.

Result- B

8- Everton

Everton memulakan musim dengan teruk sekali, termasuk la dengan kekalahan 2-0 kepada musuh tradisi Liverpool. Kecederaan kepada midfield penyerang, Tim Cahill serta aksi tidak konsisten Mikel Arteta telah menampakkan mereka kepayahan sedikit untuk menjaringkan gol.

Keputusan untuk menyewekan pemain kebangsaan Nigeria, Yakubu Aiyegbeni kepada Leichester City sememangnye berisiko kerana keupayaan yg dimiliki beliau adalah bertaraf dunia. David Moyes sememangnye meletakkan harapan yg tinggi kepada bekas striker kebangsaan Perancis, Louis Saha untuk menetuai serangan Everton. Tetapi Saha telah pun tercedera, dan ini memberikan peluang kepada Striker muda,  Victor Anichibe dan Jermaine Beckford untuk membarisi serangan kelab itu.
Leighton Baines merupakan antara pemain yg menyinar di musim ini dengan mengekalkan posisinye sebagai bek di sebelah kiri Everton dan England setakat ini. Prestrasi yg memberangsangkan itu pasti akan mengkhuatiri peminit bahawa die akan meninggalkan kelab itu di musim hadapan.

Secara keseluruhannye, Everton sungguhpun telah bermula dengan teruk, namun mereka tetap berjaya menduduki tempat ke tujuh, di belakang musus seteru mereka Liverpool yang begitu gembira dibenci kelab bimbingan Kenny Dalgish itu. Saya memberikan Everton B- dengan persembahan yang dipamerkan mereka.

Result- B-

9- Fulham

Setelah berjaya ke perimgkat akhir piala Europa League pada musim 2009 2010 untuk memnentang Atletico Madrid, Fulham Fc telah melihat pengurusnya Roy Hodgson meninggalkan mereka untuk menerima pelawaan Liverpool selaku pengurus baru mereka. Dari situ la usaha mencari pengurus baru Fulham FC kita dapat lihat. Akhirnye mereka mengambil Mark Hughes, bekas jurulatih Manchester City untuk kelab London Barat itu.




Mark Hughes sememangnya hebat meneruskan bekas pasukan yg ditinggalkan Hodgson untuk memastikan Fulham masih berada dalam senarai sepuluh terbawah liga, meskipun kecederaan beberapa pemain utama. Midfielder Amerika Syarikat, Clint Dempsey telah menunjukkan prestrasi yg bagus untuk menunjukkan bahawa kelab itu masih layak menempatkan diri di pentas eropah di musim hadapan.



































The trotters telah sibuk dalam pertengahan musim lepas untuk membawa masuk Gael Kakuta dari Chelsea, serta Eidur Gudjohnsen dari Stoke City. Kedua-dua pemain ini dibawa masuk secara sewe sehingga ke penghujung musim. Mereka jarang memberikan impak yg menyeluruh kepada Fulham kerana tidak cukup bersedia dengan corak permainan Hughes.




Secara keseluruhannya, Fulham FC telah bermain dengan sungguh bagus di musim ini. Sungguhpun begitu, Mark Hughes telah dipecat selaku pengurus, dan memberi ruang kepada Martin Jol untuk mengambil kerusi panas itu. Persembahan mereka saya berikan B+

Result- B+

10- Liverpool

Liverpool menghadapi musim di bawah dua bahagian pengurusan, di mulakan dengan pengurusan oleh Roy Hodgson. Hodgson telah pun dilantik selaku pengurus The Kops di awal musim selepas musim yg berjaya di Fulham FC.




Beliau ingin mengubah sesutau yg baru kepada corak permainan serta barisan skuad yg dimiliki Liverpool. Kemasukan Milan Jovanovic, Joe Cole, Paul Konchesky, Raul Meireles serta Christian Poulsen dapat dilihat antara permulaan kepada kepimpinan hodgson.

Di dalam beberapa siri pembelian pemain tersebut, hanya Meireles saja yg menyinar, sugguhpun ianye dapat dilihat di pertengahan musim. Bekas pemain Chelsea meneruskan musim yg teruk baginye di Chelsea pada usim lepas dgn kurang dapat peluang bermain di reds. Manakala Konchesky hanya dpt lihat posisi kegemaran selaku bek kiri selalu diberi kepada pemain muda akademi Liverpool ataupun peranan baru diberikan kepada bek kanan Liverpool Glen Johnson. Poulsen sememangnye susah untuk bersaing dengan pemain kebangsaan Lucas untuk posisi defensif midfield, sementara Steven Gerrard adalah pemain utama Liverpool juga kapten pasukan The Reds.



Fernando Torres bukanlah seorang yg asing lagie dlm hati peminat Liverpool. Beliau adalah bintang berstatus hero kepada mereka. Tetapi ternyata sekali Torres gagal menyinar di bawah kendalian pengurus Hodgson dengan hanye menjaringkan sedikit gol untuk kelab itu. Sungguhpun begitu, El Nino masih mampu menghadiahkan penyokong The reds 2 gol bertaraf dunia menentang Chelsea di bawah kendalian pengurus sementara Kenny Dalgish Sebelum penghijrahan ke Chelsea.

Jangka hayat Hodgson di Liverpool tak bertahan lame, kerana siri persembahan merosot masih lagie berterusan seperti di bawah bekas pengurus Rafael Benitez pada musim dulu. Hodgson telah ditunjukkan pintu keluar pada 8 Januari 2011 untuk memberi laluan kepada bekas legenda Liverpool, Kenny Dalgish untuk menjadie pengurus sementara The Kops.




Kenny walaupun belum lagie menghadiri sesi foto gambar dengan jersi Liverpool, beliau telahpun disanjung dan dihormati penyokong The Kops. Ini disebabkan oleh status legenda yg dimiliki beliau kepada musuh ketat Everton itu.




Ianye tidak mengambil masa yg lame untuk Kenny bangkit membawa pembaharuan kepada barisan skuad Liverpool. Dengan penjualan Fernando Torres ke Chelsea dengan rekod 50 juta Pound serta Ryan Babel ke hoffenheim, beliau terus membelanjakannye untuk duo baru Liverpool, Andy Carroll dari Newcastle United dan Luis Suarez dari Ajax. Ianye tidak mengambil mase yg lame untuk mereka berdua menunjukkan bisa mereka di kelab baru mereka.



Transformasi baru Liverpool mula dapat dilihat pada kemenangan pertama dengan menewaskan Chelsea di Stamford Bridge 1-0 melalui gol yg dijaringkan Raul Meireles. Mereka meneruskan kejutan itu dengan menewaskan Manchester United 3-1 dengan Luis Suarez mencuri tumpuan media di dalam perlawanan itu.



Kali ini giliran Carroll pula menunjukkan bisanye. Ketika Liverpool menang selesa kepada Manchester City 3-0, Carroll menjaringkan dua gol hebat untuk The kops. Die menghasilkan satu rembatan kencang dari jauh, sebelum tanduk kemas untuk mengalahkan penjaga gol nombor 1 England, Joe Hart.

Pemain senyap Liverpool, Maxi Rodriguez mula hebat di bawah Kenny di penhujung musim lepas. Die berjaya memperoleh 2 kali hatrik semase membelasah Birmingham City dan Fulham FC. Kite dpt melihat bahawa Liverpool menghadapi dua bahagian yg berlainan dengan pengurus yg berlainan musim ini. Saya percaya Kenny mampu membawa skuad The Reds kepada kegemilangan di musim hadapan. Pengurusan Liverpool juga telah pun mengambil Dalgish selaku pengurus tetap mereka untuk beberapa tahun lagi. Saya memberikan Liverpool B dengan persembahan mereka.

Result- B

11- Manchester City

Sememangnye satu musim yg hebat untuk jiran Manchester United ini kerana berjaya menghasilkan persembahan yg menakjubkan. Ini sedikit sebanyak disebabkan oleh beberapa pemain yg telah dibeli oleh city di musim perpindahan di awal musim yg lalu.























Roberto Mancini telah menggunakan kewangan City untuk berbelanja sakan musim lepas. die telah membeli David Silva dari Valencia, Yaya Toure dari Barcelona, Aleksandr Kolarov dari Lazio, serta Jerome Boateng dari Hamburger SV. James Milner dan Mario Balotelli kemudian melengkapkan perpindahan ke kelab East London itu di akhir2 musim perpindahan.

Carlos Tevez sememangnye hebat di musim lepas. Tidak hairan la die telah bersama2 Dimitar Berbatov untuk memperoleh golden boot untuk musim 2010/2011. City merupakan kelab pertama yg mengalahkan rekod bersih chelsea tanpa kalah di awal musim dengna jaringan solo yg dihasilkan penyerang kebangsaan Argentina itu. Tevez berjaya membuktikan bahawa sungguhpun barisan pemain baru yg ramai telah tibe di sana, die tetap mampu menampilkan aksi bertaraf dunia yg mempesonakan kita.


Yaya Toure telah diberikan peranan baru oleh Mancini, iaitu selaku Attacking midfielder. Sungguhpun mempunyai gerakan yg perlahan untuk merebut dan mengelecek bola, tetapi pemain kebangsaan Ivory Coast ini mampu menghasilkan sepakan yg tepat ke sasaran. Terdapat beberapa siri perlawanan penting di mana Yaya telah menjaringkan gol kemenangan untuk City semasa pasukan itu belum mampu beraksi dlm keadaan 100%. Gol semasa melawan Manchseter United di semi-final Fa Cup serta Final melawan Stoke City membuktikan bahawa peranan baru beliau dimanfaatkan sepenuhnya di atas padang.


Di pertengahan musim perpindahan, Mancini ingin menguatkan lagi jentera serangan City dengan membeli pemain kebangsaan Bosnia, Edin Dzeko dari Wolfsburg FC. Dzeko mempunyai rekod cemerlang di liga Jerman dengan menjadi antara penjaring terbanyak di liga itu musim lepas.Walau bagaimanapun, dia masih belum dapat mensesuaikan lagi dengan bolasepak inggeris dan susah untuk memperoleh kesebelasan utama.

Ketika fokus diberikan kepada Dzeko, pemain kebangsaan Sepanyol, David Silva mula menyesaikan diri dengan bolasepak Inggeris dan mempamerkan persembahan yg hebat dengan skill-skill yg dimilikinya. Die menjadie antara pemain City yg banyak menyumbangkan gol di samping sedikit gol2 penting untuk kelab itu. Ini adalah bagus untuk mengganti James Milner yg sememangnye tak serasi dengan sistem City.

Salah satu perlawanan menarik yg kita dpt lihat adalh apabila City membenam musuh setempatnye Manchester United di aksi separuh akhir Piala FA. Pertemuan Manchester sememangnye perlawanan derby yg hebat kerana masing2 ingin menunjukkan siapa yg lebih hebat untuk gelaran 'Manchester'. United yg masih berada dalam keadaan semasa yg hebat dengan rekod eropah mengalahkan FC Shalke 04 pada aksi khamis malam, terkejut dengan penyingkiran oleh City melalui gol dari Yaya Toure. City sekali lagie m'buktikan bahawa United tidak boleh memandang rendah dengan mereka lagie.

Tahniah untuk Manchester City kerana telah menamatkan kemarau trofi yg lama untuk kelab East London itu. Persembahan bertenaga untuk menundukkan anak2 buah Tony Pullis sememangnye hebat kerana Stoke City bermati-matian untuk memenangi perlawanan tersebut. Kenwyne Jones terlebih dahulu mempunyai peluang sebelum Joe Hart menangkap bola dengan kemas. Gol Manchester City hadir di dalam keadaan kelam kabut yg memberi peluang untuk Yaya Toure melepaskan satu sepakan kencang sekaligus menjadi gol kemenangan muktamad City. 

Dengan kedudukan liga yg diperoleh City, sememangnye mudah untuk mereka mendapat A, tetapi perlu direndahkan sedikit kerana terdapat beberapa pembelian membazir yg dilakukan mereka. Dengan Kemenangan Piala Fa dan Kelayakan Automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, Sheik Mansour kini mampu 'membeli' senyuman. Markah yang diberi adalah B+.

Result- B+

12- Manchester United

Sesuatu yg tidak asing lagie kepada peminat bola sepak di Malaysia untuk memilih United sebagai pasukan kegemaran mereka. Ini disebabkan oleh tradisi mereka serta pengurusan yg diketuai oleh Sir Alex Ferguson memang membuahkan hasil di setiap musim mereka.
Sebelum bermulanye Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Sir Alex telah menampakkan langkah kanan untuk mendapatkan striker muda Mexico yg berpotensi, Javier Hernandez. Die lebih dikenali sebagai 'Chicharito' dan bermain di kelab C. D. Guadalajara yg kurang popular di mata dunia. Kredit diberikan kepada barisan penyelidik Manchester United kerana berjaya mencari bakat baru yg efektif sugguhpun pemain ini belum bermain di Piala Dunia.

Di awal musim lepas, striker Bulgaria Dimitar Berbatov mempamerkan aksi yg memukau kepada peminat bolasepak Inggeris. Beliau menunjukkan betapa cntiknye gol yg dijaringkan, termasuklah di saat menyerlah sewaktu mengalahkan Liverpool di Old Trafford 3-2 dengan menjaringkan hatrik pertamenye untuk The Red Devils. Semasa Wayne Rooney meneruskan episod kekecewaan Piala Dunia lepas dengan cara permainan yg kurang berbisa, penyokong united mampu berharap agar Berbatov mampu terus menjaringkan gol untuk mereka.




Sampai la satu tahap di mana Berbatov telah hilang bisa di hadapan gawang musuh disebabkan kawalan yg ketat pemain2 pertahanan lawan terhadapnye. Sememangnye sukar untuk Berbatov yg kurang lincah untuk melepasi mereka dengan senang. Ini menjadikan United berada di dalm keadaan yg kritikal kerana kedua2 striker utama tidak fit untuk menjaringkan gol.




Rooney sekali lagie membuat kejutan kepada kita. Di dalam situasi yg tidak begitu fit, die telah menjaringkan gol yg hebat ketika mengalahkan Manchester City di Old Trafford. Tendangan ala bicycle kick telah cukup untuk membuatkan striker ini digeruni semula oleh kelab2 lain. Ini berterusan sewaktu Manchester kalah di tangan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge. Rooney telah menghasilkan sepakan yg padu untuk mengalahkan Peter Cech. Rooney juga memainkan peranan dlm menundukkan West Ham United yang mendahului dengan 2 penalti pada separuh mase pertame untuk menjaringkan hatrik bermakna sebelum Hernandez menjaringkan gol akhir United untuk keputusan 4-2.

Peminat Manchester United telah dikejutkan dengan keputusan perletakan jawatan pemain lama mereka, Gary Neville pada 2 Februari 2011. Dengan corak permainan yg hebat di padang, kita semua akan merindukan legenda ini yg telah menyumbangkan bermacam2 untuk United.



Sedang Berbatov berusaha untuk mendapatkan rentak untuk menjaringkan gol, Hernandez telah mencuri tumpuan dengan tidak mensia-siakan peluang untuk bermain kesebelasan utama United oleh Sir Alex. Bisa Chicharito dapat dilihat, lebih2 lagie apabila striker kebangsaan Englang, Wayne Rooney telah menemui rentaknya semula. Kelab2 yg tidak mengawasi Hernandez memang sengaja mencari maut kerana pemain kebangsaan Mexico ini sangat berkemampuan untuk mengambil peluang yg ada dengan hebatnye. Gol yg hanye memerlukan beberapa saat untuk dijaringkan Little Pea ke atas Chelsea telah menghadiahkan United Trofi Liga Perdana Barclays dengan keputusan 2-1 selepas 90 minit perlawanan.

Keputusan seri ke atas Blackburn Rovers sudah cukup untuk United memperoleh semula kejuaraan Liga Perdana Barclays untuk musim 2010/2011. Kejuaraan itu telah memecahkan rekod Liverpool dan mencipta standard baru kemenangan unutk kali ke-19 United. Sungguhpun aksi mereka kurang konsisten, tetapi caturan yg dilakukan Sir Alex adalah hebat untuk mengetepikan cabaran Big Four serta 3 pencabar baru (Manchester City, Totenham Hotspurs dan Aston Villa).

Manchester United beraksi cemerlang di pentas eropah musim lalu. Kite dapat lihat bagaimana mereka mengalahkan Olympique Marseille, menjinakkan Chelsea, menyedarkan FC Schalke 04 untuk pijak di bumi nyata, sebelum mereka menghadapi Barcelona di Final Liga Juara-Juara Eropah di Wembley, England. Kita semua sememngnye sedar bahawa Barcelona adalah kelab yg terhebat untuk prestrasi sekarang dengan permainan passing yg cukup menarik daripada mereka. Gol mengejut dijaringkan Pedro telah di balas melalui Wayne Rooney dengan jaringan yg cukup cntik. Sungguhpun kapten Nemanja Vidic serta Rio Ferdinand b'usha mengkengkang Messi, The Messiah tetap hebat melawan asakn itu untuk menjaringkan gol kedua Barca, sebelum Villa mempastikan kemenangan bergaya ke atas anak buah Ferguson.




Jika kita bertanaya siapakah pemain United paling sedih dengan kekalahan itu, pastinye wayne Rooney. Ini kerana bukan lah senang untuk menjaringkan gol apabila menentang Barcelona dengan kawalan 80% bola di padang. Sungguhpun mereka tersungkur di final UEFA, tetapi persembahan United sememangnye menjadi sesuatu yg hebat di mate peminat serta peminat berkecuali Liga Barclays. Saya memberikan United A- dengan persembahan mereka musim lepas.

Result- A-

Review untuk kelab2 yg lain akan disambung dlm post yang kedua bahagian ini.. nntikannye ye :)